AGENSI

Mais tanggung kos rawatan kesihatan 1,000 penghuni rumah pemulihan

25 Dis 2020, 5:52 AM
Mais tanggung kos rawatan kesihatan 1,000 penghuni rumah pemulihan

KAPAR, 25 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memperuntukkan RM1.9 juta bagi menampung kos rawatan kesihatan 1,000 penghuni Rumah Pemulihan Riqab (RPR) di seluruh negeri ini.

Anggota Mais, Prof Dato' Dr Mujaini Tarimin berkata sumbangan membabitkan penghuni daripada 26 rumah pemulihan berkenaan akan diagihkan pada tahun depan.

"Bantuan Pemulihan Sukuan Keempat ini adalah peruntukan tahun 2020 tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita terpaksa tangguhkan ke tahun 2021," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bekalan Makanan Kering dan Barangan Sekolah kepada RPR di Madrasah Darul Islah, di sini.

Pada majlis itu, tujuh RPR menerima bantuan makanan kering seperti beras, tepung gandum, gula, minyak masak, bihun, kicap dan susu bagi meringankan beban pihak pengurusan yang terkesan pandemik Covid-19.

Sumbangan fasa kedua itu dilaksanakan secara berperingkat bermula semalam sehingga 28 Disember meliputi Klang, Petaling, Kuala Selangor, Gombak, Hulu Selangor dan Sabak Bernam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.