ad
BERITA UTAMA

MDKS, UiTM jalin kerjasama laksana program bermanfaat

25 Dis 2020, 12:35 AM
MDKS, UiTM jalin kerjasama laksana program bermanfaat

SHAH ALAM, 25 DIS: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi melaksana pelbagai program bermanfaat di daerah itu.

Yang dipertuanya Rahilah Rahmat berkata kerjasama julung kali merangkumi bidang akademik, kebudayaan, penyelidikan, inovasi dan pelancongan.

"Kerjasama MDKS dan UiTM menjadikan Kuala Selangor sebagai sebuah bandar yang mampu mengekalkan kelestarian pembangunan sosial, ekonomi serta fizikal.

"Usaha murni ini medan terbaik memecahkan tembok dan merapatkan jurang antara dua pihak membantu melahirkan generasi serta masyarakat berdaya saing," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kelmarin, Rahilah mewakili pihak berkuasa tempatan itu menandantangani memorandum persefahaman (MoU) bersama rektor UiTM cawangan Selangor Prof Dato' Dr Abu Bakar Majeed.

Beliau berkata permeteraian MoU antara kedua-dua pihak diharap mampu membentuk aspirasi pembangunan dan persekitaran kondusif kepada rakyat Kuala Selangor.

Katanya aspek tersebut membabitkan pembangunan ekonomi hijau, pemeliharaan alam sekitar, penyelidikan, pembangunan desa, inovasi, warisan dan sejarah serta pelancongan selaras visi perbandaran lestari masyarakat sejahtera," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.