AGENSI

PKPS sahkan seorang staf positif Covid-19

23 Dis 2020, 2:08 PM
PKPS sahkan seorang staf positif Covid-19

SHAH ALAM, 23 DIS: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengesahkan seorang kakitangannya yang bertugas di Jabatan Kejuruteraan positif Covid-19.

Agensi itu dalam kenyataan berkata susulan itu, proses sanitasi dijalankan di pejabat yang terlibat dan kawasan awam wisma PKPS mulai jam 8.30 malam tadi.

"Pekerja itu kali terakhir hadir ke pejabat adalah pada 18 Disember (Jumaat) lepas.

"Semua individu yang telah berurusan di pejabat itu pada 16 Disember hingga hari ini digalakkan membuat saringan covid-19 di klinik berhampiran," katanya.

Selain itu, semua individu yang berkunjung ke wisma tersebut diseru mengamalkan langkah kesihatan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara termasuk saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.