ad
AGENDA

Pelajar antarabangsa dibenar masuk Malaysia kecuali UK

22 Dis 2020, 11:26 AM
Pelajar antarabangsa dibenar masuk Malaysia kecuali UK

SHAH ALAM, 22 DIS: Malaysia membenarkan kemasukan pelajar antarabangsa ke kampus dan sekolah antarabangsa di negara ini secara fizikal kuat kuasa 1 Januari ini.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata bagaimanapun pelajar dari United Kingdom dilarang masuk ekoran situasi semasa Covid-19 di negara tersebut.

"Sidang khas tadi membenarkan kemasukan semua pelajar antarabangsa yang sambung pengajian dan baharu dapat tawaran sama ada di universiti swasta atau awam di negara ini.

"Manakala, kemasukan bukan warganegara yang datang bersama pengiring untuk ke sekolah antarabangsa di Malaysia juga dibenarkan," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

Menurutnya kedatangan mereka perlu mengikut tatacara operasi piawai (SOP) iaitu perlu membuat ujian saringan sebelum dan semasa tiba di lapangan terbang antarabangsa.

"Sekiranya keputusan didapati negatif mereka akan dihantar ke pusat kuarantin selama 10 hari. SOP dan syarat lebih terperinci akan dimaklumkan KPT nanti," jelasnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.