ad
BERITA UTAMA

MB: 62 penjaja, peniaga kecil Kota Kemuning dapat permit niaga

20 Dis 2020, 3:26 PM
MB: 62 penjaja, peniaga kecil Kota Kemuning dapat permit niaga

SHAH ALAM, 20 DIS: Sebanyak 62 permit perniagaan sementara diluluskan kepada penjaja dan peniaga kecil di kawasan Kota Kemuning di sini.

Dato' Menteri Besar berkata lesen itu diluluskan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi pembukaan kaunter permohonan pada semalam dan hari ini di Dewan Liparis, Seksyen 31.

"Program ini akan diperluaskan ke seluruh negeri bagi membantu mereka yang ingin berniaga," tulis Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Sementara itu, ketua bahagian korporat dan perhubungan awam MBSA berkata kaunter permohonan yang dibuka selama dua hari mendapat sambutan menggalakkan.

Shahrin Ahmad memaklumkan inisiatif tersebut memberi peluang kepada orang ramai menjana pendapatan khususnya mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Tambahnya, tapak penjaja sementara akan dibuka di beberapa lokasi yang dikenal pasti antaranya Seksyen 26,27,28, 31 dan 35.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.