ad
AGENDA

Anwar ucap takziah atas pemergian Tun Rahah

18 Dis 2020, 10:52 AM
Anwar ucap takziah atas pemergian Tun Rahah

SHAH ALAM, 18 DIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan takziah kepada Datuk Seri Najib Razak dan keluarga atas pemergian Tun Rahah Mohamed Noah, hari ini.

Menerusi Facebook, Presiden KEADILAN melahirkan kesedihan dengan berita kematian ibu mantan perdana menteri itu.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Baru terima berita sayu isteri kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussien yakni Tun Rahah Mohamed Noah telah pergi dijemput Ilahi.

"Takziah kepada Najib Razak sekeluarga. Saya turut bersedih dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat," katanya.

Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan.

Berita pemergiannya disahkan Najib menerusi Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.