AGENDA

STFC perkenal kaedah kerjasama kerajaan, majikan dan NGO cegah Covid-19

12 Dis 2020, 12:30 AM
STFC perkenal kaedah kerjasama kerajaan, majikan dan NGO cegah Covid-19

SHAH ALAM, 12 DIS: Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor (STFC) memperkenalkan inovasi baharu membabitkan kerjasama tiga pihak bagi mengekang penularan Covid-19 di tempat kerja.

Pengerusinya berkata program Mengelak Penularan di Tempat Kawasan Panas (POISE) itu merupakan usaha pintar secara sukarela antara Kerajaan Selangor, majikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Melalu program ini, STFC merancang beberapa kaedah antaranya mempelbagaikan tatacara operasi piawai (SOP) lain dan proses ujian yang pantas.

“Aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) juga akan ditambah baik dengan menawarkan integrasi perantaraan sistem bagi penjejakan kontak, ujian saringan pantas, diagnosis, laporan serta pemantauan bersepadu,” kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi kenyataan semalam.

Mantan menteri kesihatan itu berkata program berkenaan akan membolehkan Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan bantuan NGO mengesan jangkitan pandemik di kawasan panas dan perimeter.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.