AGENDA

Dua lagi suspek ditahan kes gaduh di Plaza Low Yat

5 Dis 2020, 2:36 PM
Dua lagi suspek ditahan kes gaduh di Plaza Low Yat

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Polis telah menahan dua lagi suspek berhubung insiden pergaduhan di depan Plaza Low Yat di Bukit Bintang semalam, menjadikan jumlah individu yang ditahan ialah 44 orang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata kedua-dua suspek telah ditahan malam tadi pada kira-kira 1 pagi selepas menyerah diri kepada polis.

"Jumlah keseluruhan tangkapan ialah 44 penduduk tempatan iaitu 41 lelaki dan tiga perempuan yang terdiri daripada pemilik kedai, pekerja dan orang awam berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun.

"Mereka kini ditahan reman selama tiga hari mulai 5 hingga 7 Disember untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," menurutnya dalam satu kenyataan.

Pada Sabtu, polis menerima panggilan orang awam berhubung satu pergaduhan membabitkan pelanggan di kedai menjual komputer dan komputer riba.

Beberapa klip video yang dimuat naik di laman media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di depan plaza itu yang kemudian berlanjutan sehingga ke dalam premis tersebut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.