ad
BERITA UTAMA

Situasi Covid-19 di Selangor terkawal, kes tinggi di kawasan PKPD

2 Dis 2020, 1:13 AM
Situasi Covid-19 di Selangor terkawal, kes tinggi di kawasan PKPD

SHAH ALAM, 2 DIS: Situasi Covid-19 di Selangor masih terkawal meskipun jumlah kes harian mencatatkan peningkatan, kata Dato' Menteri Besar.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari peningkatan berkenaan kebanyakan berlaku dalam kawasan yang sedang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Kerajaan Negeri ingin memaklumkan bahawa keadaan masih terkawal kerana kes-kes terbaharu didapati di kawasan PKPD dan kita percaya pelaksanaan PKPD itu dapat mengurangkan risiko penularan wabak," katanya dalam kenyataan semalam.

Semalam, Selangor merekodkan 891 kes baharu Covid-19, namun 795 kes berpunca daripada kluster-kluster sedia ada dengan 778 adalah daripada kluster Teratai membabitkan pekerja kilang Top Glove yang kini sedang menjalani PKPD.

Pada 25 November lalu, Amirudin juga memaklumkan Selangor bercadang melaksanakan PKPD di beberapa lokaliti yang didapati merekodkan kes jangkitan Covid-19 yang tinggi.

Kerajaan Negeri juga bersedia untuk membiayai sebahagian kos operasi (pelaksanaan PKPD) sekiranya ia dilaksanakan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.