BERITA UTAMA

MB arah saring segera pekerja asing, kawal wabak

1 Dis 2020, 3:19 PM
MB arah saring segera pekerja asing, kawal wabak

SHAH ALAM, 1 DIS: Dato' Menteri Besar mengarahkan saringan pekerja asing dilakukan pada kadar segera seperti diputuskan Kerajaan Persekutuan.

Justeru, Jawatankuasa Keselamatan Daerah atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah diminta membuat penyelarasan bersama pihak berkuasa tempatan dan pejabat kesihatan daerah.

"Kerajaan Negeri juga sedang mengenalpasti empat hingga lima lokaliti pusat rawatan dan kuarantin berisiko rendah yang akan menempatkan pesakit positif Covid-19 tidak bergejala.

"Ini dilaksanakan bagi mengurangkan bebanan dan kepadatan hospital Covid-19 sedia ada. Semua inisiatif ini memperlihatkan komitmen serius Kerajaan Negeri dalam usaha mengawal dan mengekang wabak sepenuhnya," kata Dato' Seri Amirudin Shari dalam kenyataan, hari ini.

Pada 27 November lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan ujian Covid-19 terhadap pekerja asing dijalankan berperingkat dan bersasar di Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah serta Labuan, bermula 1 Disember.

Katanya, mekanisme pelaksanaan saringan itu termasuk majikan perlu mengatur janji temu dengan fasiliti kesihatan swasta bagi ujian Covid-19 kaedah RTK- Antigen.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.