AGENDA

Waspada hujan lebat kebanyakan negeri semenanjung

23 Nov 2020, 8:28 AM
Waspada hujan lebat kebanyakan negeri semenanjung

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat & Muar) hingga Isnin (23 Nov).

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata hujan lebat juga dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh & Kuala Krai); Pahang (Maran, Kuantan, Bera, Pekan & Rompin); dan Terengganu hingga Rabu (25 Nov).

"Angin kencang barat laut dan timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka berlaku di perairan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu dalam tempoh itu.

"Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit," katanya dalam kenyataan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.