AGENDA

KKM: Ujian vaksin Covid-19 masuk fasa tiga

20 Nov 2020, 1:05 PM
KKM: Ujian vaksin Covid-19 masuk fasa tiga

SHAH ALAM, 20 NOV: Ujian keberkesanan 10 vaksin Covid-19 yang bakal digunakan di negara ini sudah memasuki fasa tiga, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kementerian itu menerusi Facebook berkata analisis melibatkan empat jenis 'Viral Vector Vaccine', 'Inactivated Virus Vaccine' (tiga), 'RNA Based Vaccine' (dua) dan 'Virus Like Particle Vaccine' (satu).

"KKM akan menganalisis untuk melihat aspek keselamatan serta keberkesanan vaksin tersebut sebelum diluluskan penggunaannya," katanya.

Pada 6 November Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Kerajaan Persekutuan memperuntuk sejumlah RM3 bilion bagi kos pembelian vaksin bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.