PBT

Lapan sekolah di DUN Semenyih terima tong kitar semula

20 Nov 2020, 8:34 AM
Lapan sekolah di DUN Semenyih terima tong kitar semula
Lapan sekolah di DUN Semenyih terima tong kitar semula

SHAH ALAM, 20 NOV: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyerahkan tong kitar semula kepada lapan sekolah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semalam.

Serahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada guru dan pelajar supaya mengamalkan budaya kitar semula bermula di peringkat sekolah.

"Sekolah yang menerima tong berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tasik Kesuma, SK Bandar Rinching, SK Semenyih dan SK Bandar Teknologi Kajang.

"Turut menerima kemudahan sama ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, SMK Bandar Tasik Kesuma, SMK Bandar Rinching dan SMK Engku Husain, maklum pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Program dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat itu juga sebagai usaha melaksanakan agenda perbandaran rendah karbon dan pembangunan mampan di kawasan MPKj.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.