AGENSI

Yide-Move agih cecair basmi kuman, pek makanan

20 Nov 2020, 5:54 AM
Yide-Move agih cecair basmi kuman, pek makanan

SHAH ALAM, 20 NOV: Sebanyak 200 botol cecair pembasmi kuman dan pek makanan sedia diagihkan kepada golongan memerlukan menerusi aktiviti amal Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Pengurus Besar Yide, Nur Mohd Razali Abdullah berkata agihan tersebut dibuat dengan kerjasama Malaysia Outreach Volunteer Experience (Move) secara mingguan.

"Ia selaras dengan peranan Yide untuk terus merencanakan pelbagai inisiatif dalam membantu mereka yang terkesan dan memerlukan bantuan secara bersasar dan menyeluruh," katanya dalam kenyataan.

Agihan botol cecair pembasmi kuman itu diserahkan oleh wakil Pengurusan Tertinggi Yide, Md Arifin Jaafar semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.