ad
AGENSI

Kes Covid-19 meningkat, masyarakat perlu saling berpesan

19 Nov 2020, 1:55 PM
Kes Covid-19 meningkat, masyarakat perlu saling berpesan

SHAH ALAM, 19 NOV: Masyarakat digesa patuh tatacara operasi piawai (SOP) susulan kes harian tertinggi direkodkan hari ini, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Agensi tersebut berkata sebanyak 361 kes baharu di negeri ini dikesan menerusi saringan kluster sedia ada, 26 saringan lapangan, 19 saringan kontak rapat dan satu Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (Sari).

"Amalkan dan sentiasa berpesan kepada orang ramai tentang penjarakan fizikal, pakai pelitup muka serta basuh tangan secara kerap," katanya menerusi Facebook hari ini.

Selangor mencatat kes harian Covid-19 tertinggi hari ini dengan 407 kes. Peningkatan kes berpunca Kluster Teratai (245 kes) dan Kluster Kapas BJ (55 kes).

Sebanyak 1,290 kes Covid-19 dilaporkan dengan 1,067 jangkitan di Sabah dan negeri ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.