AGENSI

Klang kekal jangkitan Covid-19 tertinggi, catat 44 kes

18 Nov 2020, 2:39 PM
Klang kekal jangkitan Covid-19 tertinggi, catat 44 kes

SHAH ALAM, 18 NOV: Klang mencatatkan 44 kes baharu Covid-19 hari ini, kekal sebagai daerah dengan kes harian tertinggi.

Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) berkata ia ikuti Hulu Langat dengan 33 kes, Petaling (29), Sepang (11), Kuala Langat (10), Gombak (enam), Hulu Selangor (empat) dan Kuala Selangor (dua).

"Sebanyak 254 kes pulih dilaporkan hari ini dan tiada kematian. Daerah Petaling mencatatkan kes pulih tertinggi iaitu sebanyak 103 kes dan diikuti Klang sebanyak 91 kes," katanya.

Hari ini, Selangor merekodkan 141 kes dengan 139 membabitkan penularan tempatan dan dua lagi jangkitan import.

Sementara Malaysia mencatatkan 660 kes baharu dengan jumlah sembuh 630 orang serta empat kematian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.