AGENSI

1,110 kawasan pulih bekalan air, 169 dalam proses

12 Nov 2020, 7:46 AM
1,110 kawasan pulih bekalan air, 169 dalam proses

SHAH ALAM, 12 NOV: Sejumlah 87 peratus kawasan iaitu 1,110 lokasi yang terjejas akibat henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) pada Selasa menerima bekalan sepenuhnya setakat jam 3 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan 169 lagi lokasi masih dalam proses pemulihan.

"Kuala Selangor dan Petaling merekodkan pemulihan bekalan air tertinggi dengan 99 peratus, diikuti Kuala Lumpur (95 peratus), Hulu Selangor (91 peratus) dan Kuala Langat (80 peratus).

"Bagi Klang/Shah Alam jumlah pemulihan ialah 70 peratus dan Gombak sebanyak 65 peratus," kata agensi berkenaan menerusi Facebook hari ini.

Air Selangor turut menasihatkan supaya orang ramai menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan bekalan berjalan seperti dijadualkan.

Status pemulihan bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram serta laman sesawang www.airselangor.com.

Pada 10 November, LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor sekali gus menjejaskan lebih 1.1 juta akaun pengguna.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.