BERITA UTAMA

Covid-19: Selangor catat 129 kes, satu kluster baharu

2 Nov 2020, 10:38 AM
Covid-19: Selangor catat 129 kes, satu kluster baharu
Covid-19: Selangor catat 129 kes, satu kluster baharu

SHAH ALAM, 2 NOV: Sebanyak 129 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Selangor hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 49 kes dilaporkan daripada kluster sedia ada, 52 kes saringan kontak rapat, 27 kes dari lain-lain saringan serta satu kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (Sari).

"Pecahan kes mengikut daerah ialah Klang (16), Petaling (35), Hulu Langat (30), Gombak (4), Sepang (15) dan Kuala Langat (29)," katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham satu kluster baharu, kluster Gedong dikesan di negeri ini melibatkan kes di Petaling selain Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan serta Johor Bharu, Johor.

“Kes ke-28,341 merupakan kes indeks yang disahkan positif pada 27 Oktober lalu. Seramai 61 individu telah disaring dan setakat ini 11 kes positif," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.