BERITA UTAMA

Covid-19: Selangor catat 225 kes, satu kluster baharu

1 Nov 2020, 10:44 AM
Covid-19: Selangor catat 225 kes, satu kluster baharu
Covid-19: Selangor catat 225 kes, satu kluster baharu

SHAH ALAM, 1 NOV: Sebanyak 225 kes positif Covid-19 dicatatkan di Selangor hari ini dan menjadi jumlah kes harian tertinggi setakat ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 172 kes dari kluster sedia, 39 kes daripada saringan kontak rapat manakala 14 lagi daripada lain-lain saringan.

“Daripada keseluruhan jumlah ini, 91 kes juga dilaporkan dari Plaza Hentian, Kajang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat.

“Hari ini sebanyak 112 kes di Selangor disahkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kluster Usaha dikesan melibatkan jangkitan di Klang dan Petaling dengan 16 dikesan positif wabak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.