AGENDA

MB bentang Belanjawan 2021 petang ini, strategi tangani kesan Covid-19

30 Okt 2020, 2:09 AM
MB bentang Belanjawan 2021 petang ini, strategi tangani kesan Covid-19
MB bentang Belanjawan 2021 petang ini, strategi tangani kesan Covid-19

SHAH ALAM, 30 OKT: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari akan membentang Belanjawan Selangor 2021 di Dewan Negeri Selangor (DNS) jam 3 petang hari ini.

Belanjawan itu dirangka bagi merancakkan ekonomi negeri bagi mendepani cabaran kesan pandemik Covid-19.

Membawa agenda kesejahteraan rakyat, ia memberi penekanan kepada sektor kesihatan awam, pertanian, pelancongan, usahawan mikro dan pendigitalan.

Pembentangan boleh disaksikan secara langsung melalui TV Selangor http://selangortv.my

Orang ramai juga boleh menyaksikannya melalui Facebook Live Media Selangor.

Untuk berita terkini, layari portal SelangorKini, http://selangorkini.my

Pembentangan termasuk teks ucapan dan sorotan isi utama juga boleh diikuti di laman web rasmi http://www.amirudinshari.com/selangor2021 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.