AGENDA

Belanjawan 2021: KKM harap peruntukan lebih tinggi, pastikan khidmat lebih baik

29 Okt 2020, 12:42 AM
Belanjawan 2021: KKM harap peruntukan lebih tinggi, pastikan khidmat lebih baik

PUTRAJAYA, 29 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap peruntukan lebih tinggi dapat diberikan kepada kementerian itu melalui Belanjawan 2021 bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik disediakan kepada rakyat untuk merawat penyakit berjangkit dan tidak berjangkit di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata melalui peruntukan itu, pihaknya juga merancang penubuhan hospital penyakit berjangkit dan penambahan latihan untuk pakar kesihatan di lapangan serta perubatan di hospital.

"Kita memang memerlukan tambahan peruntukan untuk kementerian bagi meningkatkan perkhidmatan dan aktiviti kesihatan untuk rakyat," katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini, semalam.

Belanjawan 2021 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 6 November.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.