ad
ADN

PKPB: Operasi pusat khidmat DUN Kota Anggerik dihadkan

27 Okt 2020, 7:04 AM
PKPB: Operasi pusat khidmat DUN Kota Anggerik dihadkan

SHAH ALAM, 27 OKT: Operasi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik hanya dibuka pada Isnin, Rabu dan Jumaat susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Wakil rakyatnya Najwan Halimi berkata berkuatkuasa hari ini, pejabat mula dibuka dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

"Sehubungan itu, sebarang urusan berupa aduan dan pertanyaan boleh berhubung menerusi Whatsapp di talian 017-3353136 atau 012-2963872, dan menerusi e-mel [email protected]," katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai menjaga jarak sosial satu meter, elak bersentuhan, gunakan cecair pembasmi kuman dan pakai pelitup muka ketika berurusan.

Selangor dikenakan PKPB bermula 14 Oktober lalu hingga hari ini, namun semalam Kerajaan Persekutuan melanjutkannya sehingga 9 November.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.