AGENDA

Kerajaan pertimbang banyak perkara sebelum kuat kuasa PKPD

19 Okt 2020, 10:38 AM
Kerajaan pertimbang banyak perkara sebelum kuat kuasa PKPD

SHAH ALAM, 19 OKT: Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan kerajaan sebelum melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata asas pertimbangan meliputi kesan ekonomi kepada negara dan individu yang bekerja dalam sektor tertentu.

"Saya terima banyak pandangan (penguatkuasaan PKPD) memandangkan terlampau banyak kes Covid-19, namun jika dilaksana bermakna setiap individu tidak boleh keluar rumah dan makanan mesti dihantar.

"Sektor ekonomi akan ditutup dan peniaga tidak dibenar meneruskan perniagaan. Ini juga menjejaskan mereka yang bergantung hidup dengan jualan atau gaji harian," katanya pada sidang media hari ini.

Ismail Sabri mengulas dakwaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini

seolah-olah longgar dan tidak berkesan dalam mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun, beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia sedang membuat penilaian terperinci sebelum menetapkan sebarang keputusan.

"Kita juga mendapatkan pandangan daripada kementerian berkaitan sektor ekonomi dan akan membuat keputusan selepas rumusan (kementerian berkaitan) diperoleh," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.