SHAH ALAM, 14 OKT: Tatacara operasi piawai (SOP) mukim Klang terbatal setelah Kerajaan Persekutuan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi seluruh Selangor yang bermula hari ini.
Ia diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya, petang tadi.
"Oleh kerana PKPB Selangor termasuk dalam mukim Klang, maka secara automatik SOP bagi kawasan itu (mukim Klang) terbatal," katanya.


