ad
AGENDA

Kontak rapat kes Covid-19 One Utama perlu jalani saringan

13 Okt 2020, 6:01 AM
Kontak rapat kes Covid-19 One Utama perlu jalani saringan

SHAH ALAM, 13 OKT: Kontak rapat kepada kes positif Covid-19 di pusat membeli-belah One Utama, Bandar Utama perlu menjalani saringan selepas menerima pesanan daripada MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling Johary Anuar berkata bagaimanapun individu bergejala dikehendaki segera ke klinik kesihatan kerajaan berdekatan.

"Sekiranya tidak bergejala, anda dinasihatkan untuk membuat saringan Covid-19 di Dewan D'Kelana (Jalan Stadium SS 7/15, 47301 Petaling Jaya, Selangor) pada 14 dan 15 Oktober dari 9 pagi hingga 3.30 petang.

"Sementara itu, anda dinasihati untuk duduk di rumah, asingkan diri daripada ahli keluarga dan rakan serta pastikan tatacara operasi piawai (SOP) sentiasa dipatuhi," katanya dalam kenyataan.

Pada 11 Oktober lalu, kompleks beli-belah berkenaan diarah tutup susulan empat kes positif Covid-19 dilaporkan membabitkan tiga pekerja dan seorang pengunjungnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.