ad
AGENDA

PKPB Klang: Rumah ibadat, institusi pendidikan dan taman ditutup

8 Okt 2020, 1:34 PM
PKPB Klang: Rumah ibadat, institusi pendidikan dan taman ditutup

SHAH ALAM, 8 OKT: Masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang yang berkuat kuasa jam 12.01 pagi esok.

Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata turut ditutup institut pengajian tinggi awam dan swasta, institut latihan kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz serta pusat jagaan kanak-kanak.

"Penutupan juga melibatkan taman awam, pusat rekreasi, taman permainan. Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan bermula 9 Oktober hingga 23 Oktober," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kerajaan memutuskan PKPB dikuatkuasa di mukim Klang mulai jam 12.01 pagi pada Jumaat ini.

Klang bertukar kepada zon merah semalam apabila mencatatkan 77 pesakit aktif yang sedang dirawat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.