AGENDA

Bayi setahun antara empat kematian akibat Covid-19 hari ini

6 Okt 2020, 10:29 AM
Bayi setahun antara empat kematian akibat Covid-19 hari ini

SHAH ALAM, 6 OKT: Empat kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun.

Ketua pengarah kesihatan berkata pertambahan itu menjadi jumlah keseluruhan meningkat 141 kes.

"Kes kematian ke-140 itu adalah kes ke-12432 yang mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 Oktober dengan keadaan kesihatan merosot dan memerlukan bantuan pernafasan.

"Saringan Covid-19 didapati positif serta disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.

Beliau memaklumkan sebanyak 691 kes baharu dilaporkan hari ini iaitu jumlah tertinggi dicatatkan sejak penularan wabak Covid-19 bermula di negara ini dengan jumlah keseluruhan meningkat 13,504.

Katanya, lebih separuh kes itu berlaku di Kedah dengan 397 kes diikuti Sabah (219).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.