ad
AGENDA

98 peratus permohonan lanjut moratorium lulus

23 Sep 2020, 7:54 AM
98 peratus permohonan lanjut moratorium lulus

SHAH ALAM, 23 SEPT: Sebanyak 98 peratus permohonan moratorium lanjutan dan bantuan bank bersasar diluluskan setakat ini, kata perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehingga 11 September, institusi bank berbincang dengan 1.4 juta peminjam dan lebih 380,000 daripada mereka mengesahkan memerlukan bantuan tersebut.

"Kerajaan akan terus memantau perkembangan terkini dan akan memastikan institusi perbankan memainkan peranan membantu rakyat dan perniagaan yang benar-benar memerlukan inisiatif ini.

"Memandangkan moratorium automatik bakal berakhir hujung bulan ini, saya menyeru orang ramai yang masih belum memohon untuk segera menghubungi institusi perbankan masing-masing untuk membuat

permohonan," katanya dalam Perutusan Khas Kita Prihatin hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar selama tiga bulan, khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan dan masih terjejas akibat penularan

Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.