AGENSI

Peniaga e-dagang dipelawa sertai Anugerah SITEC 2020

22 Sep 2020, 12:50 AM
Peniaga e-dagang dipelawa sertai Anugerah SITEC 2020

SHAH ALAM, 22 SEPT: Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) mempelawa peserta yang layak menyertai Anugerah Peniaga E-Dagang 2020.

Mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi https://www.sitec.com.my/topecm2020/ yang dibuka bermula 15 September bagi merebut hadiah terkumpul RM40,500.

"Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara ini! Adakah anda pemilik perniagaan e-dagang yang kami cari untuk dinobatkan sebagai juara pada tahun 2020 ini?" menurut Facebook SITEC.

Anugerah berprestij tersebut bertujuan memberikan penghargaan terhadap kejayaan, kreativiti dan inovasi peniaga e-dagang di negara ini selain membuka peluang untuk meningkatkan lagi jenama mereka dalam industri terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.