AGENDA

Air pasang besar: MB gesa penduduk elak aktiviti di pantai

17 Sep 2020, 2:04 AM
Air pasang besar: MB gesa penduduk elak aktiviti di pantai

SHAH ALAM, 17 SEPT: Penduduk di lima daerah negeri ini dinasihat supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di pesisiran pantai bermula 19 September ini hingga November berikutan fenomena air pasang besar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata paras air laut di sekitar Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam dijangka berada pada tahap maksimum iaitu 5.8 meter (m).

“Fenomena air pasang ini turut menyebabkan limpahan air di kawasan daratan dan mungkin boleh banjir di lokaliti berhampiran kawasan laut.

“Justeru, kepada mereka berhampiran kawasan pesisiran pantai khususnya di lima daerah disebutkan, anda semua harus berhati-hati, elakkan aktiviti di tepi pantai dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang wujud,” katanya menerusi video dimuat naik Media Selangor.

Unit Pengurusan Bencana Negeri menjangka kejadian itu berlaku antara jam 5 hingga 8 pagi pada 19 dan 20 September, 17 hingga 19 Oktober serta 15 dan 16 November.

Berikut senarai pusat pemindahan dan nombor perhubungan bilik gerakan daerah:

1. Sepang (03-8706 4613)

Maahad Integrasi Tahfiz Selangor

2. Kuala Langat (03-3182 2565)

Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang

Dewan Orang Ramai Sri Kundang, Kampung Kundang

3. Klang (03-3371 6700)

Dewan Serbaguna Kampung Sungai Serdang

SRA Kampung Batu 4 Jalan Kapar

Dewan Kompleks Sukan Pandamaran

Dewan Serbaguna MPK Pelabuhan Klang

4. Kuala Selangor (03-2289 7632 / 03-2289 6225 (APM)

Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang

Dewan SRJK(C) Pasir Penambang

SMK Seri Tanjong

SK Pasangan

Sekolah Kebangsaan Asam Jawa

Balai raya JKKK Kampung Pasir Tuntong

Dewan Orang Ramai Jeram

Balai JKKK Kampung Sugai Sembilang

Dewan Orang Ramai Sungai Buloh

Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa

5. Sabak Bernam (03-3224 7058 / 03-3224 1749 (APM)

Dewan Sri Sekinchan

Dewan Sri Bernam

Dewan Parit Baru

Dewan Sri Nakhoda, Bagan Nakhoda Omar

6. Unit Pengurusan Bencana Negeri (03-5544 7324 / 03-5521 2440)