ad
AGENDA

KKM kesan kluster baharu di Sabah

15 Sep 2020, 10:16 AM
KKM kesan kluster baharu di Sabah

SHAH ALAM, 15 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengenal pasti satu lagi kluster baharu di Kunak, Sabah dikenali sebagai Kluster Pulau.

Ketua pengarah kesihatan berkata kes ke-9,940 itu membabitkan seorang wanita tempatan berusia 68 tahun yang dikesan positif Covid-19, kelmarin.

"Beliau ditemui tidak sedarkan diri di rumah dan dibawa ke Hospital Kunak sebelum dirujuk ke Hospital Tawau bagi rawatan serangan jantung, strok dan penyakit hati.

"Saringan Covid-19 mendapati beliau positif dan kini dirawat unit rawatan rapi serta memerlukan bantuan pernafasan," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Beliau berkata saringan kontak rapat secara aktif mengesan lapan lagi kes positif membabitkan ahli keluarga kes indeks.

Katanya, setakat ini seramai 128 individu disaring dalam kluster ini terdiri daripada 109 warganegara dan 19 warga asing.

"Daripada jumlah ini, sembilan kes dikesan positif, 18 negatif manakala 101 masih menunggu keputusan. Langkah pencegahan sudah dijalankan di lokasi yang dikenal pasti dan punca jangkitan dalam siasatan," kata Dr Noor Hisham.

Sebelum ini, KKM mengenal pasti Kluster Benteng Lahad Datu yang mencatatkan 424 kes keseluruhannya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.