AGENDA

Tiga kluster catat tambahan kes Covid-19

10 Sep 2020, 11:12 AM
Tiga kluster catat tambahan kes Covid-19

SHAH ALAM, 10 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tambahan 43 kes baharu Covid-19 membabitkan tiga kluster hari ini.

Kluster tersebut ialah Kluster Benteng Lahad Datu (LD), Kluster Telaga dan Kluster Sungai, kata ketua pengarah kesihatan dalam sidang media di Putrajaya.

"Daripada 40 kes baharu dicatatkan Kluster Benteng LD, 34 merupakan banduan penjara manakala enam adalah ahli keluarga kakitangan penjara," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata Kluster Sungai pula mencatatkan satu kes baharu di Kedah dengan jumlah saringan 1,585 orang sementara Kluster Telaga mencatat tambahan dua kes daripada 4,626 saringan.

Kluster Benteng LD meliputi dua daerah di Sabah iaitu Tawau dengan 1,909 individu disaring dan 83 daripadanya positif manakala 770 individu disaring di Lahad Datu dengan 87 kes positif.

Bagi Kluster Sungai, seramai 1,456 orang disaring di Kedah dengan 39 dikesan positif manakala tujuh individu disaring di Perlis dengan satu kes positif.

Seramai 4,626 individu dalam Kluster Telaga turut disaring di Kedah dengan 13 dikesan positif.