ad
EXCO

Negara perlu ada indeks tepat ukur kesihatan mental rakyat

7 Sep 2020, 2:01 PM
Negara perlu ada indeks tepat ukur kesihatan mental rakyat
Negara perlu ada indeks tepat ukur kesihatan mental rakyat

SHAH ALAM, 7 SEPT: Negara perlu mempunyai indeks lebih tepat bagi menilai kesihatan mental dan psikologi rakyat, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata kesihatan mental seperti kemurungan, kerisauan dan keresahan dijangka menjadi penyakit nombor dua dalam kalangan masyarakat termasuk golongan remaja.

"Kita perlu tingkatkan program kesedaran serta memberi sokongan terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ramai yang hilang pekerjaan.

[caption id="attachment_436483" align="aligncenter" width="658"] Dr Siti Mariah Mahmud memberi rumusan Sindiket 1B : Kesihatan Awam Dan Bandar Berdaya Huni ketika sesi Dialog Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2021 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 7 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Sesiapa sahaja boleh mengalami kesihatan mental, siapa pernah ada perasaan lebih baik mati daripada hidup, itu tanda anda alami kesihatan mental," katanya ketika merumuskan Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan perlu meningkatkan kemudahan awam termasuk menyediakan menyediakan laluan khusus untuk basikal selaras usaha menjadi negeri berdaya huni.

"Reka bentuk laluan juga perlu mesra orang kelainan upaya (OKU), warga emas, wanita dan kanak-kanak, semua ini nampak remeh tetapi sebenarnya penting kepada kehidupan rakyat," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.