ad
AGENDA

Cadang tumpu e-dapur di rumah PPR - Grab

7 Sep 2020, 9:20 AM
Cadang tumpu e-dapur di rumah PPR - Grab
Cadang tumpu e-dapur di rumah PPR - Grab

SHAH ALAM, 7 SEPT: Pelaksanaan e-dapur dicadang untuk dilaksanakan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu lebih ramai golongan kurang mampu, kata Ketua Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Grab Malaysia.

Ebi Azly Abdullah berkata pelaksanaan itu membolehkan golongan itu termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan menjana pendapatan menerusi digitalisasi.

"Ini kerana pelaksanaan e-dapur ketika Ramadan lalu di Selangor amat menggalakkan, hasil jualan mencecah RM1 juta. Oleh itu kita memikirkan program sebegini boleh membantu penduduk di PPR," katanya.

[caption id="attachment_436398" align="alignright" width="500"] Eby Azly Abdullah bercakap ketika sesi Dialog Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2021 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 7 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika Dialog Belanjawan Selangor 2021 bagi sesi usahawan mikro, digitalisasi dan kemiskinan bandar di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

Hadir sama EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail dan EXCO Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau.

Pada April lalu, Kerajaan Selangor mewujudkan e-dapur dengan kerjasama syarikat penghantaran Grab Malaysia.

Platform digital itu membolehkan peniaga menjana pendapatan semasa Ramadan tanpa perlu berniaga di bazar, serta pada masa sama memberi peluang rakyat Selangor membeli juadah berbuka puasa dalam talian ketika penularan Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.