AGENDA

Ringgit dibuka rendah 4.1710/1760 berbanding dolar AS

28 Ogos 2020, 2:42 AM
Ringgit dibuka rendah 4.1710/1760 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur kekal tidak memasuki pasaran untuk lebih banyak petunjuk baharu dalam pasaran, kata peniaga.

Pada 9.50 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1710/1760 berbanding dolar AS daripada 4.1700/1750 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell telah mengesahkan bahawa Fed menyasarkan inflasi pada purata 2.0 peratus dalam tempoh yang tidak ditentukan, yang bermakna Fed tidak menjangka inflasi yang lebih tinggi.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0519/0573 daripada 3.0532/0575 semalam dan tinggi berbanding yen kepada 3.9087/9138 daripada 3.9336/9387 sebelum ini.

Ringgit meningkat berbanding pound kepada 5.5036/5111 daripada 5.5069/5152 pada Khamis dan naik berbanding euro kepada 4.9285/9360 daripada 4.9302/9378 sebelum ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.