AGENDA

Covid-19: 11 kes baharu, lapan dirawat ICU

25 Ogos 2020, 10:32 AM
Covid-19: 11 kes baharu, lapan dirawat ICU

SHAH ALAM, 25 OGOS: Sebanyak 11 kes Covid-19 direkodkan hari ini melibatkan sembilan kes tempatan dan dua kes import, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan tersebut menjadikan jumlah terkumpul 9,285 kes dengan 189 daripadanya merupakan kes aktif.

"Sehingga kini lapan kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan enam daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

"Selain itu enam kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh 8,971 kes atau 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata tiada pertambahan kematian direkodkan hari ini dan jumlahnya kekal 125 kes atau 1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.