AGENDA

Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS

25 Ogos 2020, 2:28 AM
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Ringgit meneruskan peningkatan semalam berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini ketika semakin ramai pelabur beralih ke arah mata wang negara sedang membangun termasuk ringgit.

Pada 9.35 pagi, unit tempatan itu disebut harga pada 4.1680/1730 berbanding dolar AS daripada paras 4.1740/1790, semalam.

Seorang peniaga berkata aliran peningkatan harga minyak global telah memacu sentimen pasaran bagi aset lebih berisiko dan menyebabkan ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0432/0473 daripada 3.0487/0533 dan naik berbanding yen kepada 3.9328/9379 daripada 3.9482/9533.

Selain itu ringgit turut mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4505/4574 daripada 5.4775/4858 dan meningkat berbanding euro kepada 4.9170/9233 daripada 4.9387/9458 sebelum ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.