ad
ADN

Peserta PWB dinasihat berniaga, majukan diri

23 Ogos 2020, 6:55 AM
Peserta PWB dinasihat berniaga, majukan diri
Peserta PWB dinasihat berniaga, majukan diri

SHAH ALAM, 23 OGOS: Golongan wanita yang menyertai aktiviti anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) dinasihat menceburi perniagaan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru Fakhrulrazi Mokhtar berkata ini kerana golongan itu mampu berdikari dan memajukan diri dengan ilmu dipelajari daripada program yang dianjurkan.

"Mereka (wanita) antara golongan beruntung kerana Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai bidang kemahiran berpotensi besar termasuk kerja yang boleh dibuat di rumah.

"Saya harap wanita di Selangor tidak melepaskan peluang untuk manfaatkan ilmu yang mereka belajar menerusi program atau kelas anjuran PWB bagi menjana pendapatan. Jangan belajar separuh jalan sahaja," katanya ketika dihubungi.

Semalam, PWB Meru menganjurkan program Bengkel Membuat Cenderahati Coklat membabitkan penyertaan 35 peserta wanita yang terdiri dalam kalangan suri rumah di dewan undangan negeri tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.