AGENSI

Covid-19: Jumlah kes di Selangor kekal 2,153

22 Ogos 2020, 12:39 PM
Covid-19: Jumlah kes di Selangor kekal 2,153

SHAH ALAM, 22 OGOS: Tiada pertambahan kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini menjadikan jumlah kes di negeri itu kekal 2,153.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor berkata pencapaian itu mampu dikekalkan

dengan menjadikan tatacara operasi piawai (SOP) pencegahan sebagai rutin harian.

"Syabas Selangor! Pencapaian ini mampu dikekalkan apabila kita tidak memandang mudah dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal, basuh tangan secara kerap, pakai pelitup muka dan sentiasa mendaftarkan pengunjung yang masuk ke dalam premis dengan SELangkah," katanya di Facebook.

Sementara itu, dua daerah masih diklasifikasikan sebagai zon kuning susulan terdapat satu kes aktif masing-masing di Hulu Langat dan Gombak.

Hari ini Malaysia merekodkan lapan kes baharu membabitkan negeri Sabah (satu kes), Sarawak (satu kes), Kuala Lumpur (satu kes) dan Kedah (lima kes).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan empat pesakit sembuh.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.