AGENDA

Covid-19: Lapan kes baharu, lima daripada kluster Tawar

22 Ogos 2020, 9:44 AM
Covid-19: Lapan kes baharu, lima daripada kluster Tawar
Covid-19: Lapan kes baharu, lima daripada kluster Tawar

SHAH ALAM, 22 OGOS: Lapan kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia adalah sebanyak 9,257, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kes baharu merupakan kes import manakala lima kes penularan tempatan membabitkan warga tempatan daripada kluster Tawar di Kedah.

"Pertambahan lapan kes baharu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 183 kes. Dimaklumkan, lapan pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat memerlukan bantuan pernafasan.

"Tiga kes import membabitkan individu pulang dari Bangladesh di Kuala Lumpur (satu kes), Belanda di Sarawak (satu kes) dan Filipina di Sabah (satu kes)," katanya dalam kenyataan.

Menurut Dr Noor Hisham empat pesakit disahkan sembuh dan tiada kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlahnya kekal 125 iaitu 1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.