AGENDA

Warganegara asing perlu lunas kos kuarantin di pintu masuk Malaysia

13 Ogos 2020, 8:32 AM
Warganegara asing perlu lunas kos kuarantin di pintu masuk Malaysia

SHAH ALAM, 13 OGOS: Warganegara asing yang dibenarkan memasuki Malaysia perlu membayar caj kuarantin dan fi ujian pengesanan Covid-19 terlebih dahulu sebaik tiba di pintu masuk antarabangsa Malaysia, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan dibuat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini berikutan ada antara mereka enggan membayar selepas tamat menjalani kuarantin.

“Sebelum ini mereka setuju buat pembayaran jadi kita lepaskan mereka ke hotel atau ILA (Institut Latihan Awam) tapi ada kes tak nak bayar.

“Jadi sebelum lepas Imigresen (Jabatan Imigresen) mereka kena buat bayaran hotel atau ILA. Jika tak bayar, duduklah di lapangan terbang sampai bila-bila,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Bermula 1 Jun kerajaan menetapkan individu memasuki negara dikenakan caj kuarantin, 100 peratus kepada bukan warganegara manakala 50 peratus bagi warganegara.

Mereka diwajibkan menandatangani surat setuju pembayaran melalui pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara sebelum mendapat surat kelulusan memasuki negara ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.