AGENDA

Sebuah surau di Shah Alam tutup, ada kontak rapat kluster Sivagangga

7 Ogos 2020, 8:43 AM
Sebuah surau di Shah Alam tutup, ada kontak rapat kluster Sivagangga
Sebuah surau di Shah Alam tutup, ada kontak rapat kluster Sivagangga

SHAH ALAM, 7 OGOS: Surau Al Jannah di Seksyen 23 di sini diarahkan tutup serta-merta susulan seorang jemaahnya dipercayai mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19 dari kluster Sivagangga.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Shahzihan Ahmad berkata Sekolah KAFA Integrasi Al-Jannah di lokasi yang sama turut ditutup.

Katanya, penutupan surau itu menyebabkan semua aktiviti termasuk solat Jumaat, fardu berjemaah dan program pengimarahan tidak dibenarkan.

"Namun, solat fardu di surau berkenaan hanya dibenarkan dilakukan tiga orang ahli jawatankuasa (AJK) surau sahaja. Proses nyahkuman juga perlu dilakukan serta-merta di seluruh kawasan surau dan sekolah KAFA berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan turut mengingatkan AJK surau memantau rapat isu tersebut serta meningkatkan langkah keselamatan.

"Surau terbabit hanya boleh beroperasi semula selepas dibenarkan oleh Jais," katanya.

Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan mengesan 30 kes positif Covid-19 termasuk kanak-kanak bagi kluster Sivagangga.

Sehingga kini 2,351 individu yang disaring dengan 1,617 negatif dan 704 masih menunggu keputusan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.