AGENDA

Ingkar PKPP: 140 ditahan, 32 direman - Ismail Sabri

7 Ogos 2020, 7:51 AM
Ingkar PKPP: 140 ditahan, 32 direman - Ismail Sabri

SHAH ALAM, 7 OGOS: Seramai 140 individu ditahan kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PPKP), kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu 32 dikenakan reman manakala 108 pula dikompaun.

"Ia membabitkan kesalahan tidak mengikut tatacara operasi piawai (SOP) dan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 62,530 pemeriksaan dilakukan semalam bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP.

"Pemeriksaan disertai 14,189 anggota pihak berkuasa memantau 4,280 pasar raya, 6,008 restoran serta 1,819 penjaja, 1,331 kilang, 3,871 bank dan 854 pejabat kerajaan.

"Juga dipantau ialah 1,316 terminal pengangkutan darat, 270 terminal pengangkutan air serta 91 terminal pengangkutan udara," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.