AGENDA

Maha 2020 dianjur secara fizikal dan maya November ini

6 Ogos 2020, 7:44 AM
Maha 2020 dianjur secara fizikal dan maya November ini

SHAH ALAM, 6 OGOS: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha 2020) berlangsung secara hibrid iaitu fizikal dan maya pada 26 hingga 29 November ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP semalam secara dasar bersetuju dengan cadangan penganjuran.

"Pihak pengurusan Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang akan menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi termasuk hanya peserta yang diberi kad jemputan sahaja dibenarkan masuk dan kehadiran direkodkan,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata peserta antarabangsa pula hanya dibenarkan terlibat secara dalam talian dan tatacara operasi piawai (SOP) pelaksanaan dibincang lanjut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.