EXCO

Teliti garis panduan pameran kerjaya, elak penularan wabak

4 Ogos 2020, 12:49 PM
Teliti garis panduan pameran kerjaya, elak penularan wabak

SHAH ALAM, 4 OGOS: Tatacara operasi piawai (SOP) pameran kerjaya yang berlangsung hujung bulan ini kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan, maklum EXCO pembangunan generasi muda.

Mohd Khairuddin Othman berkata permulaan program berlangsung lewat bagi meneliti garis panduan secara berperingkat untuk mencegah penularan Covid-19.

"Hari ini kita bincang bersama Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor dan beberapa agensi untuk dapatkan pandangan bagaimana kaedah serta pematuhan SOP. Tarikh (program) akan diumum kemudian," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau berkata Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dimeterai dalam tempoh terdekat bagi melaksanakan pameran tersebut.

"Perkeso bertanggungjawab menentukan bilangan majikan yang menyertai pameran termasuk jenis pekerjaan dan bilangan jawatan kosong," katanya lagi.

Pameran Kerjaya Selangor menawarkan 24,500 peluang pekerjaan dan pemohon perlu mengisi borang Perkeso sebelum dipilih menghadiri program tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.