ad
AGENDA

Orang ramai sokong kewajipan pakai pelitup muka

3 Ogos 2020, 1:49 AM
Orang ramai sokong kewajipan pakai pelitup muka
Orang ramai sokong kewajipan pakai pelitup muka
Orang ramai sokong kewajipan pakai pelitup muka
Orang ramai sokong kewajipan pakai pelitup muka

SHAH ALAM, 3 OGOS: Langkah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang berkuat kuasa 1 Ogos wajar kerana negara masih berdepan penularan Covid-19.

Perkara itu dipersetujui penjawat awam, Mohd Nur Nasrullah Muhd Ghazali mengatakan belum ada vaksin yang mampu menghapuskan virus tersebut.

[caption id="attachment_428489" align="alignright" width="142"] Penjawat awam, Mohd Nur Nasrullah Muhd Ghazali.[/caption]

"Kewajipan memakai pelitup muka wajar, mungkin kita rasa pemakaiannya agak rimas tetapi mencegah lebih baik dari mengubati. Pada masa sama kita dapat jaga diri kita dan orang sekeliling daripada dijangkiti Covid-19," katanya kepada SelangorKini.

Manakala, guru tadika, Nur Farahanum Ahmad berkata terdapat cabaran untuk mengawal anak didiknya memakai pelitup muka kerana mereka tidak selesa dan mudah terpengaruh dengan rakan lain.

[caption id="attachment_428492" align="alignleft" width="134"] Guru tadika, Nur Farahanum Ahmad.[/caption]

"Oleh itu, kita akan cakap pada mereka siapa yang memakainya akan diberikan ganjaran seperti coklat atau permainan. Manakala, mengenai bekalan pelitup muka pula tadika memang disediakan peruntukan jadi ia tiada masalah untuk didapati," katanya.

Sementara itu, peniaga, Abdul Halim Abdul Razak berkata kerajaan perlu mempergiatkan lagi kempen pemakaian pelitup muka dengan cara betul kerana masih ada segelintir yang salah memakainya.

[caption id="attachment_428495" align="alignright" width="152"] Peniaga, Abdul Halim Abdul Razak.[/caption]

"Kewajipan memakai pelitup muka dapat mengawal penularan Covid-19, jika sebelum ini mereka bergejala sahaja digalakkan pakai tetapi ada juga positif tidak bergejala yang mungkin kita tidak tahu, bagi saya lebih baik semua pakai," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.