ad
AGENDA

Enam ditahan ingkar SOP kuarantin, 134 langgar PKP

1 Ogos 2020, 8:36 AM
Enam ditahan ingkar SOP kuarantin, 134 langgar PKP

SHAH ALAM, 1 OGOS: Polis menahan enam individu kerana melanggar arahan kuarantin selama 14 hari di rumah, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka ditahan susulan pemeriksaan dan pemantauan dijalankan bersama Kementerian Kesihatan sejak Isnin lalu hingga semalam.

"Sebanyak 2,271 individu yang menjalani kuarantin di rumah diperiksa dan enam daripadanya dikenakan tindakan kerana gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP)," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata seramai 134 individu ditahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

"Daripada jumlah ini 19 individu ditahan reman, 93 dikenakan tindakan kompaun manakala 22 lagi dilepaskan dengan jaminan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.