AGENDA

KKM: Guna istilah penjarakan fizikal untuk Covid-19

31 Jul 2020, 7:51 AM
KKM: Guna istilah penjarakan fizikal untuk Covid-19

KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan istilah penjarakan sosial yang diguna pakai dalam tatacara operasi piawai (SOP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 kini ditukar kepada penjarakan fizikal.

Penggunaan istilah penjarakan fizikal merujuk kepada orang ramai perlu mengamalkan jarak sekurang-kurangnya satu meter yang perlu dipatuhi dalam kebiasaan baharu.

Istilah penjarakan sosial kini diganti dengan penjarakan fizikal," menurut KKM menerusi Twitter.

Selain itu orang ramai perlu mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.

Setakat semalam, terdapat lapan kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 8,964 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 223 kes.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.