AGENSI

Polis nafi laksana sekatan keluar Selangor

27 Jul 2020, 8:41 AM
Polis nafi laksana sekatan keluar Selangor

SHAH ALAM, 27 JULAI: Polis Selangor menafikan melaksana sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar sempadan negeri seperti tular di media sosial, kata timbalan ketua polisnya.

"Kita tidak menerima arahan melaksana SJR setakat ini dan maklumat tular berhubung pekara ini tidak benar," kata Datuk Arjunaidi Mohamed dipetik portal Sebenarnya.my hari ini.

Semalam tersebar senarai SJR di 14 kawasan di sempadan Selangor melibatkan sempadan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang hingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat yang merancang pulang ke kampung meraikan Aidiladha Jumaat ini.

Hari ini Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tiada sekatan rentas perjalanan antara negeri dan daerah dikenakan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.