AGENSI

Pelancongan unik, kos murah pikat pengunjung ke Selangor

26 Jul 2020, 3:40 AM
Pelancongan unik, kos murah pikat pengunjung ke Selangor

SHAH ALAM, 26 JULAI: Produk pelancongan unik dan kos perjalanan lebih murah membolehkan Selangor kekal negeri paling ramai dilawati pengunjung domestik.

Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (Mita) Uzaidi Udanis berkata antara tarikan terbaharu ialah Jeti Sirip Biru di Sepang yang menyediakan rumah rakit sebagai lokasi memancing.

"Sepang juga mempunyai ladang buah naga dan restoran pertama di negara yang menghidang pelbagai menu berasaskan buah berkenaan.

"Ini sesuatu yang baharu dan pengunjung boleh datang terokai sendiri kerana kosnya amat rendah serta berpatutan. Oleh itu, kami yakin Selangor boleh menjadi negeri paling ramai dikunjungi seperti tahun lalu," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Lawatan Teknikal bersama Tourism Selangor dan Mita di Taman Pameran Pertanian Serdang Malaysia, baru-baru ini.

Laporan Kaji Selidik Pelancongan Domestik 2019 oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan Selangor menerima 33.6 juta pelawat domestik tahun lalu, tertinggi di negara ini.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 22.6 juta, Sabah (22 juta), Perak (21.1 juta) dan Sarawak (19.8 juta).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.